Jumaat, 12 Jun 2009

SAPAWI SERAHKAN BANTUAN ZING

YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad Ahli Parlimen P.178 Sipitang Dan YB Kamarlin Hj ombi ADUN N27 Lumadan menyerahkan Bantuan Kepada Gusti Bakar Kg Suasa .

Kehadiran Sapawi yang ditemani oleh Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa , Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Amat Talip, Pemaju Mukin Lumadan Bileh Untol dan Pengerusi JKKK Kampung Bangkalalak Mahmud Amit itu turut memberikan makna kepada keluarga tersebut.
Sapawi yang juga Ketua Umno Sipitang turut menyampaikan sumbangan peribadi dan peralatan rumah kepada Gusti yang rosak akibat hujan kuat dan angin ribut Sehubungan dengan itu Sapawi menggesa Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) peka dengan masalah di kawasan masing-masing dan mengemukakannya kepadaPejabat Parlimen Sipitang dan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Lumadan.
“Perkara ini penting bagi membolehkan kita mengambil tindakan yang sewajarnya dan bersifat segera,” katanya. Kelihatan Sapawi (empat dari kanan) diperhatikan oleh Kamarlin (tengah) dan Hafez (tiga dari kanan) menyampaikan Zink kepada Gusti ketika lawatan tersebut.