Jumaat, 12 Jun 2009

KATA DIKOTA JANJI DITUNAI - MAJLIS PECAH TANAH JALAN LINGKUNGAN LAUT

YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad sambil diperhatikan oleh YB Kamarlin Hj Ombi ADUN Lumadan memotong revin perasmian sebagai tanda sembolik kerja - kerja pelaksanaan pembinaan menaik taraf jalan akan dimulakan

Jalan raya Kampung Lingkungan Laut sejauh 1.9 kilometer dijangka siap akhir tahun ini dengan peruntukkan berjumlah RM2.2 juta di bawah pakej ransangan ekonomi. YB Datuk Hj Sapawi juga turut memaklumkan pelaksanaan menaiktaraf jalan raya Lubuk-Wseton Darat yang menelan belanja RM11 juta sejauh tujuh kilometre .Berucap dalam majlis pecah tanah tersebut ,YB Datuk Sapawi Ahmad berkata Pimpinan sentiasa berusaha bersungguh - sungguh bagi mempertingkatkan taraf hidup rakyat dan konesp Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri adalah berasaskan kepada kepentingan rakyat,”.Beliau yang juga ketua UMNO Bahagian P.178 Sipitang berkata “Rakyat tidak prlu gusar dengan apa yang dijanjikan oleh BN kerana BN adalah kerajaan yang berkemampuan dan tetap akan menunaikan janji,” katanya dan menambah rakyat tidak harus mendengar dan terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dilemparkan oleh pembangkang.
Hadir sama pada majlis itu termasuklah Wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Penolong Pegawai Daerah Beaufort Aliamat Zamzam, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Wakil JKR Beaufort Ardi Saidin, Ketua Kampung Lingkungan Laut Samion Amin, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Kontraktor Pelaksana Lau Kim Ling Sapawi memberitahu keputusan kerajaan untuk menaiktaraf jalan raya kampung itu juga bukti kesungguhan BN dalam membawa pembangunan di seluruh kawasan termasuklah di luar bandar.