Yb Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad Ahli Parlimen P178 Sipitang menyerahkan sumbangan kepada salah seorang bakal haji sambil diperhatikan oleh YB Tuan Kamarlin Hj Ombi ADUN n27 Lumadan
Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kepada kerajaan kepada siapa yang Engkau mahu dan Engkau juga yang mencabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan siapa yang Engkau mahu dan Engkau hinakan pula siapa yang Engkau kehendaki.”
Kawasan Dewan Undangan Negeri N 27 Lumadan terletak dikawasan Parlimen P.178 Sipitang .Semenetara pusat Pentadbiranya pula terletak dibawah urustadbir pejabat Daerah Beaufort. Kawasan DUN 27 Lumadan juga mempunyai 13 pusat daerah mengundi atau zon pentedbiran dimana daripadanya terdapat pula 53 buah Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung . Dari struktur muka buminya ianya terletak dikawasan tanah rendah dan sebahagian kampung kampungnya sering dilanda bencana banjir teruntama kawasan perkampungan yang terletak dipinggir sungai Padas . Hampir 60 % rakyat dikawasan D.U.N N 27 Lumadan adalah terdiri dari kalangan petani 30 % adalah nelayan ,sementara selebihnya adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan.