Selasa, 3 Mac 2009

TAKZIAH KEPADA ALLAHYARHAM AG.RAKAWI HJ AG .SAID NAIB KETUA UMNO BAHGAIN P.178 SIPITANG


Takziah diatas pemergian Allahyarham Ag Rakawi Hj Ag Said Naib Ketua UMNO Bahgian P.178 Sipitang . Semoga jasa dan bakit beliau untuk Agama Bangsa Dan Tanah air akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah Swt. Amin... Al Fateah
Daripada
YB Encik Kamrlin Hj Ombi dan Keluarga
Ahli Dewan Undangan negeri Kawasan N27 Lumadan
Timbalan Ketua UMNO Bahgain P.178 Sipitang
Dan seluruh Rakyat Dikawasan N27 Lumadan

PROGRAM ANAK ANGKAT


BEAUFORT: Program pembangunan belia akan terus diberikan tumpuan oleh kerajaan, kata Datuk Sapawi AhmadAhli Parlimen Sipitang itu berkata kerajaan sama sekali tidak akan mengabaikan pembangunan belia.“Golongan belia wajar bersyukur kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan program pembangunan untuk mereka,” katanya pada majlis penutupan penyerahan semula anak angkat di bawah program jati diri kesukarelaan nasional di Kampung Suasa dekat sini kelmarin.



Menurutnya program pembangunan belia diberikan tumpuan kerana kerajaan mahu memastikan golongan belia adalah golongan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Beliau berkata langkah itu perlu kerana golongan belia pada hari ini adalah golongan pelapis pada masa depan.Katanya tumpuan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan belia bukan sekadar pembangunan fizikal tetapi juga kepada pembangunan minda, ilmu dan juga pemikiran.
“Kita mahu golongan belia adalah golongan yang terbaik, memiliki kekuatan dalaman diri dan berdaya saing,” katanya dan menambah pembinaan jati diri golongan belia turut diberi tumpuan oleh kerajaan.Seramai 37 keluarga dengan 109 golongan belia terlibat dengan program tersebut yang melibatkan Kampung Suasa dan Lago turut dihadiri oleh Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Pengarah Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan Zawiah Muhammad, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Labuan Mohd Samit Ismail dan pengerusi pengelola Roslan Muharam.Sapawi turut berharap agar program seumpama itu berupaya membentuk jati diri dan mematangkan golongan belia.“Kematangan itu termasuklah cara golongan belia berfikir agar dapat membuat keputusan atau tindakan yang terbaik,” katanya lagi

PERISTIWA DAN AKBAR BERSAMA YB ADUN N.27 LUMADAN

SUARA DARI SIDANG DEWAN RAKYAT
MEJLIS PENYERAHAN WATIKAH JKKK DI PEJABAT DAERAH BEAUFORT
YB .ADUN LUMADAN BERSAMA RUKUN TETANGGA KG LUPAK


PERIHATIN - YB MELAWAT DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN
RUMAH TERBAKAR (ENCIK HASSSN ) DI KG. ULU LINGKUNGAN



YB ADUN . PROGRAM JIRAN MUDA KRT KG. SUASA

YB ADUN - LAWATAN KERJA KE PEKAN WESTON


YB ADUN BERSAMA YB DATUK AHLI PERLIMEN SIPITANG
DAN YAB KETUA MENTERI SABAH DI MESJID MASAPOL SIPITANG



YB KAMARLIN HJ OMBI DAN YB DATUK SPAWAI HJ AHMAD MENYAMPAIKAN BANTUAN RUMAH PPRT KEPADA SALAH SEORANG PENERIMA DI KG GADONG





PROGRAM ICT - BRIDIGIN DIGITAL DIVIDE ( MERAPATAKAN JURANG MAKLUMAT ) - DI KOMUNITI BESTARI PEKAN WESTON -DISAMBUT BAIK OLEH YB ADUN N27 LUMADAN


Anak- anak kampung memenafaatkan kemudahan yang diberikan

http://beaufort.bdd.org.my/
Program Ini BDD merupakan suatu program kerjasama pintar diantara Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Malaysia dan Komuniti Bestari pekan weston . Sebanyak 6 loksi telah dipiluih seluruh negara bagi tujuan pelaksanaanya iaitu Kg Weston Beaufort SABAH , Kg Pokok asam PERAK , Kg Telui Tua daerah Sek KEDAH , Kg Baru Pekan Nenas Pontian JOHOR , Kg Telaga Papan Kemaman TERANGGANU , Rumah Pangsa Lobak NEGERI SEMBILAN .
OBJIKTIF
Objektif pelaksanaanya adalah seperti berikut : -
1. Mengurangkan jurang digital anatar kumpulan miskin bandar dengan kumpulan berkemampuan di Bandar
2. Menjadikan Kumpulan Miskin bandar celik IT agar dapat memanafatkan segala peluang digital yang ada .
3. Memberikan peluang yang sama rata kepada kumpulan kurang berada dalam masayarakat untuk mengaksis dan menggunkan maklumat dan pengetahuan ICT untuk mencipta nilai .
4. meningkatkan pendapatan , taraf hidup dan kualiti hidup kumpulan miskin bandar melalaui inisistif ICT .
5. Meningkatkan penglibatan kumpulan miskin bandar ke dalam arus perdana dalam proses pembangunan negara bagi merialisasikan wawasan 2020 .

Komuniti Bestari Pekan Weston selaku penyelaras projek, amat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan sejumlah 20 buah Komputer yang lengkap bagi keperluan masyarakat setempat di pekan weston . Usaha dan kerjasama akan terus dipertingkatkan agar mencapai matalamat yang diharap - harapkan .

YB Kamarin Hj Ombi -ADUN N27 Lumadan /penaung BDD Weston
Beliau ketika ditemui : - YB Encik Kamarlin Hj Ombi - ADUN N27 Lumadan melahirkan rasa gembira dan menyambut baik pemilihan Kg weston sebagai tapak lokasi Bridging Digital Divid . Beliau yang juga penaung kehormta program BDD Weston berharap agar masyarakat setempat memenafaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan . Satu majlis pelancaran rasmi akan diadakan pada suatu tarik yang akan ditetapkan kemudian


En Junaidi Omar Ali
Pengerusi BDD Weston