Selasa, 21 April 2009

Sapawi: Kebijaksanaan kepimpinan negara cetus cemburu negara besar

21st April, 2009

SIPITANG: Kebijaksaan kepimpinan negara dalam mengekalkan keharmonian dan persefahaman rakyat mencetuskan rasa cemburu di kalangan negara-negara besar.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat majmuk negara ini yang juga menganut agama lain menjalani kehidupan yang harmoni dan tidak berdepan dengan se-barang masalah yang membimbangkan.

“Malaysia adalah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi namun kehidupan rakyat yang harmoni dan perpaduan serta persefahaman yang mantap telah mencetuskan rasa cemburu.

“Maka musuh-musuh Islam dari negara-negara besar berusaha untuk meruntuhkan ke-harmonian itu dengan melakukan pelbagai cara bagi mempengaruhi dan memesongkan pemikiran rakyat khususnya generasi muda,” katanya ketika merasmikan majlis tilawah al-Quran peringkat daerah di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Abdul Wahap Abdul Hamid, Penolong Pegawai Daerah Si-pitang Matlin Dollah, Pengerusi Penganjur Zainal Timbang dan Pemimpin Kemajuan Rak-yat Abdul Rahman Mohd Noh Sapawi berkata rasa cemburu itu semakin kuat dengan keupayaan barisan kepimpinan negara dalam melaksanakan syariat Islam dalam pelbagai bidang seperti perundangan, pendidikan, perbankan dan sebagainya.

Menurutnya sistem perbankan Islam yang diamalkan di negara ini membolehkan Ma-laysia menangani dengan baik kelembapan ekonomi global.

“Keupayaan inilah yang meletakkan Ma-laysia terus menjadi tumpuan khususnya kepada musuh-musuh Islam…keupayaan dan kebijaksanaan kepimpinan negara turut mendapat pengiktirafan daripada Bank Dunia,” katanya dan menambah keupayaan Malaysia itu telah membuatkan beberapa negara menjadikan negara ini sebagai rujukan dan role model.

Beliau berkata teras kepada kekutan negara adalah disebabkan faktor kepimpinan negara, pengurusan dan pentdbirannya yang berasaskan Islam.

Sehubungan dengan Sapawi menegaskan al-Quran merupakan panduan dan pegangan terbaik bukan hanya kepada negara ini tetapi juga kepada umat Islam.

Menurutnya umat Islam harus bersedia menghadapi apa juga usaha yang dlakukan oleh musuh Islam itu dan cara yang terbaik ialah mengekalkan al-Quran sebagai pegangan dan panduan hidup ke arah kecemerlangan. NST