Selasa, 21 April 2009

MAJLIS PELANCARAN FESTIVAL KESENIAN ISLAM PERINGKAT DAERAH BEAUFORT DI PEKAN WESTON





Pada 17 Hb 04 2009 Yang Lalu satu majlis pelancaran Festival kesenian islam peringkat daerah Beaufort diadakan di Dewan Besar Pekan Weston . Majlis pelancaran Pertandingan Kompang dan Marhaban telah disempurnakan Oleh YB ADUN Lumadan manakala majlis Perasmian Pertandingan nasyed telah dilakukan oleh YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad Ahli Parlimen P.178 Sipitang . Dalam ucapan pelancaran dan Perasmian majlis ini , YB Datuk Ahli Parlimen telah memperingatkan bahawa penjajahan budaya dan kesenian barat merupakan ancaman besar kepada masyarakat hari ini ,yang juga menjadi alat penjajahan baru sehingga luntur perasaan untuk mengenali budaya sendiri apatah lagi budaya yang berunsurkan islam . Justru beliau meminta agar masyarakat khususnya ibubapa agar sentiasa mengingatkan anak anak agar sentaiasa kenal dan memahami budaya sendiri yang jauh lebih sempurna .

Sementara itu YB Kamarlin Hj Umbi semasa ucap tama ala- aluan pelancaran mengharapkan program - program keagamaan ini dapat dijadikan wadah untuk kita terus menghayati teras hidup bermasyarakat sekaligus mampu melonjakkan minda dan pemikiran kerah membina sebuah bangsa yang berjaya dan cemerlang . sementara itu ,Kumpulan marhaban Daerah Beaufort menjadi juara pertandingan nasyed yang telah disertai oleh 7 kumpulan .