Rabu, 16 Disember 2009

MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN KURSUS ASAS JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA ( JPAM)-DIPEKAN WESTON

MELESTARIKAN KESUKARELAAN DIKALANGAN RAKYAT
YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad Ahli Parlimen Sipitang menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatikan Oleh YB Tuan Kamarlin Hj Ombi ADUN N27 Lumadan Pengarah JPAM Negeri Sabah dan Tuan Hj Ahmad Hj Mumin Pemimpin kemajuan Rakyat DUN Lumadan

Majlis perasmian / Penutupan Kursus asas JPAM yang berlangsung baru - baru ini telah disemprunakan olah YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad Ahli Parlimen P.178 Sipitang yang jiga dihadiri oleh YB Tuan Kamarlin Hj Ombi ADUN N27 Lumadan . Dalam ucapan perasmian beliau merasa amat bangga atas usaha penubuhan satu unit pasukan JPAM di Pekan weston disamping menjelaskan bahawa penubuhan unti JPAM weston amat penting bagi mempastikan bantuan awal dapat diberikan khususnya di kawasan yang sering ditimpa bencana banjir . seramai 80 anggota baru menyertai pasukan yang terdiri dari kalangan belia sekitar Kg. Weston , Nabahan ,Kg Palas , Kg Lubuk Weston dan Kg Lingkungan