Selasa, 21 April 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN ,MANGSA ANGIN RIBUT DI KAMPUNG LINGKUNGAN MENDAPAT PERHATIAN ADUN LUMADAN

YB Kamarlin Hj Umbi- ADUN Lumadan
(CDO Lumadan Jalib Sabli dan
Hj Ahmad Mumin Pemimpin Kemjuan Rakyat DUN Lumadan berbincang
sesuatu bersama mangsa angin ribut )
(YB Kamarlin Hj Umbi - ADUN N27 Lumadan terus turun padang )

YB Kamarlin Hj Umbi - ADUN N27 Lumadan telah melakukan lawatan kerumah kediaman( Tn Hj Daim ) mangsa angin ribut di kampung Lingkungan . Kejadian angin ribut mengakibatkan sebatang kayu besar tumbang dan menghempap rumah kediaman mengasa . Mangsa 61 tahun yang tinggal 5 sekeluarga tidak mengalami kecedaraan namun menghadapi kerosakan rumah yang teruk . YB Kamarlin Hj Umbi mengingatkan penduduk agar sentiasa berhati - hati semasa berlakunya angin kencang apatah lagi kedudukan rumah - rumah kediaman yang didirikan di kawasan lering - lering bukit . Dalam lawatan tersebut YB Kamarlin Hj Umbi telah menghulurkan sumbangan peribadi beliau dan seterusnya akan mengambil tindakan - tindakan yang perlu bagi meringankan beban mangsa .