Pemimpin Kemajuan Rakyat Tuan Hj Ahmad Hj Mumin dan En Junaidi Omar Ali Pemaju Mukim Weston ( Bersongkok ) sambil di perhatikan oleh KK Tn Hj Kadir Pandin ( Berkopiah ) berserta JKKK Inuman ( Berbaju Hijau meneliti masaalah yang dibangkitkan oleh penduduk setempat .Turut hadir Pn Pasang Afsin Pemaju Masyarakat Mukim Weston yang juga Pengerusi Ibu Tunggal Daerah Beaufort Tuan Hj Ahmad Hj Mumin PKR N27 Lumadan yang mewakili YB Tuan Kamarlin Hj Ombi mendengar rintihan penduduk bagi dipanjangkan kepada YB ADUN Dan YB Datuk Ahli Parlimen Sipitang
Sebahagian Penduduk Kg Inuman yang hadir dalam majlis dialog bersama Rakyat
Kaum ibu juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memgambil bahagian dalam majlis yang dianjurkan
Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kepada kerajaan kepada siapa yang Engkau mahu dan Engkau juga yang mencabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan siapa yang Engkau mahu dan Engkau hinakan pula siapa yang Engkau kehendaki.”
Kawasan Dewan Undangan Negeri N 27 Lumadan terletak dikawasan Parlimen P.178 Sipitang .Semenetara pusat Pentadbiranya pula terletak dibawah urustadbir pejabat Daerah Beaufort. Kawasan DUN 27 Lumadan juga mempunyai 13 pusat daerah mengundi atau zon pentedbiran dimana daripadanya terdapat pula 53 buah Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung . Dari struktur muka buminya ianya terletak dikawasan tanah rendah dan sebahagian kampung kampungnya sering dilanda bencana banjir teruntama kawasan perkampungan yang terletak dipinggir sungai Padas . Hampir 60 % rakyat dikawasan D.U.N N 27 Lumadan adalah terdiri dari kalangan petani 30 % adalah nelayan ,sementara selebihnya adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan.