Kita sedar peranan dan tanggunjawab JKKK/ JKDB amat penting bagi menentukan jatuh bangun perancangan dan pembangunan di setiap kampung yang diwakili oleh JKKK / JKDB . Tidak syek lagi fungsi dan perananya ini harus didapani dengan penuh tekad dan tanggungjawab yang tinggi bagi melicinkan perancangan kerajaan untuk terus membela nasib rakyat keseluruhanya . Justeru saya mengharapkan agar penegrusi JKKK yang hadir pada hari ini , sentiasa menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, disamping meningkatkan integeriti dan menimba ilmu pengetahuan agar tidak tertinggal dengan arus perdana .
Seperkara yang mungkin menjadi semacam budaya yang boleh menjadi ancaman dan gambaran buruk ahli masyarakat akar umbi kita hari ini ialah, sering menjadikan media masa sebagai alat untuk melahirkan emosi dan rasa tidak senang dengan sesuatu yang masih didalam perancangan kerajaan.lebih menyedihkan gambaran yang diberikan tidak dilandasi atas kehendak fakta yang benar dan tepat yang akhirnya membawa kepada kekeliruan rakyat . Justeru untuk itu adalah penting bagi pengerusi - Pengerusi JKKK/JKDB menjadi penghubung pimpinan , kerajaan dan masyarakat akar umbi agar sentiasa memberikan penjelasan yang tepat dan bertanggungjawab , bagi rakyat menerima dan memahami dasar serta perancangan kerajaan . oleh yang demikian JKKK / JKDB pula berperanan memberikan maklumat tepat diperingkat akar umbi agar meraka sentiasa memahami bahawa setiap sesuatu keperluan umum yang dipohon kepada pihak kerajaan memerlukan proses - proses tertentu untuk mendapatkanya ..Saya mengharapkan berilah peluang pada kita dan kerajaan untuk melakukan apa yang perlu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi . Insyaalah saya yakin dan percaya bahawa dengan hanya perbincangan dan musyuarah sahaja segala apa juga permasaalahan yang menerbitkan perasaan ketidakpuasan hati masayarakat akar umbi akan dapat diselesaikan sebaik yang mungkin .
Intisari Amanat dan Ucapan perasmian penutupan Kursus Pentadbiran JKKK/JKDB N27 Lumadan
YB ENCIK KAMARLIN HJ OMBI
ADUN N27 Lumadan

Jemputan Khas menyanyikan lagi negera ku Pamiran anti dadah mendapat sambutan Pengerusi JKKK

PKR Tn Hj Ahmad Hj Mumin Dan pegawai Ahli Parlimen Sipitang En Matbali musa mengatakan
sesuatu kepada salah seorang pengerusi

Tekun mendengarkan amanat

Sebahagian Pengerusi JKKK mengadakan perbincangan

Salah seorang Pengerusi Menerima Sijil lantikan JKDB

Pamiran Dadah oleh PDRM IPD Beaufort

Ceramah Anti dadah disampaikan oleH ASP . Dazarus Nuil

Ucapan Perasmian YB Kamarlin Hj Ombi ADUN N27 Lumadan
Ucapan amanat Oleh Timbalan setiausaha Tetap kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah 
En Yunus Abd Rajah Penghulu peserta menyampaikan ucapan

Peserta menikmati Jamuan tengahari

Sebahagian Peserta yang hadir tekun mendengar ceramah

Wakil Wakil wanita turut menyerikan kursus
Pengerusi- Pengerusi JKKK dari setiap kampung yang hadir mendengarkan ucapan YB ADUN Lumadan 
En Junaidi Omar Ali semasa mempengerusikan Majlis

YB Encik Kamrlin Hj Ombi menyempaikan sijil kursus dan watikah perlantikan kepada
pengerusi - pengerusi JKKK Kawasan N27 Lumadan