Selasa, 21 April 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN - MANGSA RUMAH RUNTUH DI KAMPUNG WESTON MENDAPAT PERHATIAN YB KAMARLIN HJ UMBI -TIMBALAN KETUA UMNO BAHGIAN SIPITANG

Gambar : Rumah Kediaman yang runtuh

YB En Kamarlin Hj Umbi - ADUN Lumadan
bersama pemimpin - pemimpin masyarakat setempat Zon Weston
Semasa melakukan lawatan ke rumah kediaman mangsa

YB Kamarlin Hj Umbi - ADUN N 27 Lumadan yang juga timbalan ketua UMNO Bahgin P.178 Sipitang membut lawatan mengejut bagi menyaksikan sendiri mangsa rumah runtuh di kg Weston . Kejadian yang berlaku kira kira jam 3 petang mengemparkan penduduk berdekatan . Apapun menurut sumbar kedudukuan tanah yang becak dan gambut menjadi punca kejadian itu berlaku . Rumah kediaman yang dibina dibawah program Rakyat Termiskin didiami oleh seorang ibu tunggal bersama seorang anak perempuan berumur 2 tahun terselamat dari sebarang kecederan . Sehubungan dengan itu YB ADUN akan mengadakan perbincangan segera bersama beberapa agensi sukarela bagi mengadakan gotong royong membina semula rumah kediaman yang runtuh bagi meringankan mangsa yang terlibat . YB Kamarlin yang juga diiringi Pemimpin kemajuan Rakyat DUN Lumadan Tn Hj Ahmad Hj Mumin, Melahirkan rasa simpati disamping menghulurkan derma peribadi kepada mangsa .