Selasa, 3 Mac 2009

PROGRAM ICT - BRIDIGIN DIGITAL DIVIDE ( MERAPATAKAN JURANG MAKLUMAT ) - DI KOMUNITI BESTARI PEKAN WESTON -DISAMBUT BAIK OLEH YB ADUN N27 LUMADAN


Anak- anak kampung memenafaatkan kemudahan yang diberikan

http://beaufort.bdd.org.my/
Program Ini BDD merupakan suatu program kerjasama pintar diantara Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Malaysia dan Komuniti Bestari pekan weston . Sebanyak 6 loksi telah dipiluih seluruh negara bagi tujuan pelaksanaanya iaitu Kg Weston Beaufort SABAH , Kg Pokok asam PERAK , Kg Telui Tua daerah Sek KEDAH , Kg Baru Pekan Nenas Pontian JOHOR , Kg Telaga Papan Kemaman TERANGGANU , Rumah Pangsa Lobak NEGERI SEMBILAN .
OBJIKTIF
Objektif pelaksanaanya adalah seperti berikut : -
1. Mengurangkan jurang digital anatar kumpulan miskin bandar dengan kumpulan berkemampuan di Bandar
2. Menjadikan Kumpulan Miskin bandar celik IT agar dapat memanafatkan segala peluang digital yang ada .
3. Memberikan peluang yang sama rata kepada kumpulan kurang berada dalam masayarakat untuk mengaksis dan menggunkan maklumat dan pengetahuan ICT untuk mencipta nilai .
4. meningkatkan pendapatan , taraf hidup dan kualiti hidup kumpulan miskin bandar melalaui inisistif ICT .
5. Meningkatkan penglibatan kumpulan miskin bandar ke dalam arus perdana dalam proses pembangunan negara bagi merialisasikan wawasan 2020 .

Komuniti Bestari Pekan Weston selaku penyelaras projek, amat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan sejumlah 20 buah Komputer yang lengkap bagi keperluan masyarakat setempat di pekan weston . Usaha dan kerjasama akan terus dipertingkatkan agar mencapai matalamat yang diharap - harapkan .

YB Kamarin Hj Ombi -ADUN N27 Lumadan /penaung BDD Weston
Beliau ketika ditemui : - YB Encik Kamarlin Hj Ombi - ADUN N27 Lumadan melahirkan rasa gembira dan menyambut baik pemilihan Kg weston sebagai tapak lokasi Bridging Digital Divid . Beliau yang juga penaung kehormta program BDD Weston berharap agar masyarakat setempat memenafaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan . Satu majlis pelancaran rasmi akan diadakan pada suatu tarik yang akan ditetapkan kemudian


En Junaidi Omar Ali
Pengerusi BDD Weston