Selasa, 3 Mac 2009

PROGRAM ANAK ANGKAT


BEAUFORT: Program pembangunan belia akan terus diberikan tumpuan oleh kerajaan, kata Datuk Sapawi AhmadAhli Parlimen Sipitang itu berkata kerajaan sama sekali tidak akan mengabaikan pembangunan belia.“Golongan belia wajar bersyukur kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan program pembangunan untuk mereka,” katanya pada majlis penutupan penyerahan semula anak angkat di bawah program jati diri kesukarelaan nasional di Kampung Suasa dekat sini kelmarin.



Menurutnya program pembangunan belia diberikan tumpuan kerana kerajaan mahu memastikan golongan belia adalah golongan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Beliau berkata langkah itu perlu kerana golongan belia pada hari ini adalah golongan pelapis pada masa depan.Katanya tumpuan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan belia bukan sekadar pembangunan fizikal tetapi juga kepada pembangunan minda, ilmu dan juga pemikiran.
“Kita mahu golongan belia adalah golongan yang terbaik, memiliki kekuatan dalaman diri dan berdaya saing,” katanya dan menambah pembinaan jati diri golongan belia turut diberi tumpuan oleh kerajaan.Seramai 37 keluarga dengan 109 golongan belia terlibat dengan program tersebut yang melibatkan Kampung Suasa dan Lago turut dihadiri oleh Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Pengarah Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan Zawiah Muhammad, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Labuan Mohd Samit Ismail dan pengerusi pengelola Roslan Muharam.Sapawi turut berharap agar program seumpama itu berupaya membentuk jati diri dan mematangkan golongan belia.“Kematangan itu termasuklah cara golongan belia berfikir agar dapat membuat keputusan atau tindakan yang terbaik,” katanya lagi