Khamis, 27 Ogos 2009

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN JKKK DUN LUMADAN ANJURAN UNIT PEMIMPIN KEMJUAN RAKYAT DUN 27 LUMADAN


Gambar Kenangan Pengerusi- Pengerusi JKKK DUN Lumadan bersama kedua wakil Rakyat bersama ( Ahli Parlimen P.178 Sipitang dan ADUN 27 Lumadan )


Kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat ( Jabatan Ketua Menteri ) Kawasan DUN 27 Lumadan bergambar kenangan bersama YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad Ahli Parlimen P.178 Sipitang ( dua dari kiri ) , YB Tuan Kamarlin Hj Ombi ( berbaju biru muda ) ADUN N27 Lumadan dan Ybhg Tuan Hj Ahmad Hj Mumin Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Lumadan


LUMADAN " Tidak ada keutamaan yang lebih penting dari melaksanakan agenda membela nasib rakyat yang kita wakili ... Pemimpin harus segara melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat demi mempastikan rakyat terus menerima limpahan pembangunan yang diberikan oleh kerajaan . Teguran dan kretikan akan terus menjadi pemangkin keupayaan kita untuk terus berusaha memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada ... YB Kamarlin Hj Ombi ADUN N27 Lumadan semasa menyampaikan ucapan amanat kepada Pengerusi dan Ketua- Ketua Kampung Kawasan DUN 27 Lumadan .

Semantara itu YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad - Ahli Parlimen P.178 Sipitang semasa merasmikan Majlis perjumpaan bersama ketua -ketua Masyarakat DUN Lumadan berkata
“Kita tidak melaksanakan sebarang projek untuk kepentingan orang tertentu tetapi untuk rakyat,” .Menurutnya perkara itu perlu diperjelaskan kepada rakyat agar pembanguan dapat dilaksanakan.
Katanya pemimpin masyarakat juga perlu menjaga imej selain mendekati akar umbi untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi di kawasan masing-masing.